Kata Kata Hikmah
Entah kenapa, saya rasa lebih senang cari English Quote daripada bahasa Melayu Quote. Maksud saya kata-kata yang mempunyai maksud mendalam daripada ayat tersebut. Saya pula tak pandai mereka kata-kata sedap, biasanya ambil daripada buku sahaja. Tapi hari ini, saya letakkan kata-kata “sedap†yang berjaya saya kumpulkan untuk kegunaan kita bersama .
Tapi bila difikirkan balik, ini mungkin kerana bahasa melayu ada banyak peribahasa yang indah tapi banyak yang sudah dilupakan. Lagi pula, kebanyakan quote bahasa Inggeris kebanyakan dibuat oleh orang yang dah terkenal kerana kejayaan mereka. Lepas ini saya akan kumpulkan pula kata-kata perangsang dan kata-kata mendalam daripada orang kita. Mesti ada banyak yang boleh dijadikan iktibar.
“Kebijaksanaan adalah wap air, kemasyhuran adalah kebetulan, kekayaan boeh terbang. Hanya satu benda kekal, keperibadianâ€.
“Semua orang kaya sehingga ada seorang yang cuba menjadi lebih kayaâ€.
“Ucapan yang bagus mempunyai pembuka dan penutup yang baik, kedua-duanya mestilah diletakkan berhampiranâ€
“Keupayaan adalah sedikit keutamaan tanpa peluangâ€.
“Keupayaan adalah harta bagi orang miskinâ€
“Kita patut hidup dan belajar, tetapi pada saat kita sudah belajar, ia terlewat untuk hidupâ€.
“Ingat tiga perkara ini dalam hidup anda setiap hari : saya mahu… saya berhak…. Saya boleh….â€
“Setiap makhluk dilahirkan sendirian dan mati pun sendirianâ€
“Di sebalik setiap pertelingkahan adalah ketidakpedulian seseorangâ€.
“Bencana ada dua jenis: malang bagi kita dan nasib baik bagi orang lainâ€.
“Sehelai rambut di kepala bernilai dua di berusâ€.
“Kehidupan hanya boleh difahami dengan melihat ke belakang, namun ia mesti hidup dengan memandang ke hadapanâ€.
“Jika anda tidak tahu arah tujuan anda, anda mungkin terlepas apabila sampai di sanaâ€.
“Lebih baik kalah pada perdebatan dan memenangi kawan daripada kalah pada kawan dan menang perdebatanâ€.
“Kesabaran adalah peneylesaian terbaik untuk setiap masalahâ€.
“Manusia dungu mencari kegembiraan dalam kejatuhan. Yang pandai menananmnya dengan semangat yang betulâ€.
“Kerja adalah ibadah. Kerja adalh meditasi apabila dilakukan dnegan semangat yang betulâ€.
“Tanpa kekayaan hati, harta kekayaan adalah pengemis yang hodohâ€.
“Begitu mudah menjadi gembira, begitu susah menjadi mudahâ€.
“Memori masa lalu dan harapan masa depan menyebabkan kesakitan, kebimbangan dan ketakutanâ€.
“Manusisa lalu mempunyai keyakinan manakala zaman moden hanya empunyai pendapatâ€.
“Kunci kejayaan ialah apabila dapat membezakan antara perkara berkaitan daripada yang tidak berkaitanâ€.
“Hidup seperti permainan chess, yang mempunyai pandangan ke hadapan akan menangâ€.